Wednesday, November 14, 2012

@-- 1 MuHaRaM DeTIk PeRmULaaN --@

~  WASATIYYAH  TONGGAK PERPADUAN UMMAH   ~

Satu Muharram Detik Permulaan


Perkiraan Tahun Islam Hijrah


Perpindahan Nabi dan Umat Islam

Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh


Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu


Rela Berkorban Harta dan Nyawa


Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan


Hijrah Itu Perjuangan


Hijrah Itu Persaudaraan


Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua


Kita Sambut Maal Hijrah


Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam

Untuk Sepanjang Zaman 




Esok semua umat islam akan menyambut Maal Hijrah ke 1434H.   Teringat masa kecik-kecik dulu aku suka sangat ikut bila lagu ini berkukandang di tv.  Walaupun pada usia yang amat muda (rasanya masa tu masih tadika) aku ikut nyanyi walaupun tak tahu apa maksudnya.  Bila dah menigkat dewasa baru aku mengerti maksud disebalik lagu ini.  Memang rentak muziknya membangkitkan semangat kita.
So, sempena kita semua umat islam menyambut 1 Muharam ni, marilah kita sama-sama berHIJRAH ke satu tahap yang TERBAIK demi syiar ISLAM.  Jadikan tahun baru ni adalah tahun kecemerlangan kita di dunia dan juga akhirat.  

WASSALAM

No comments: