Tuesday, September 06, 2011

@--Syawal 4--@

Ari ni abah buat doa selamat +birthday abang...Ibu sibuk di dapur. Pagi2 aku dan suami ke klinik...badan aku tak sedap rasa.

Balik dari klinik tolong ibu siapkan juadah utk tetamu datang makan selepas solat jumaat. Yang aku tak dpt lupa kali ke 2 kelauq nak ke kedai beli pisang, sampai kedai buah rupanya bag duit tak bawak...mmm..kena la balik ke rumah tak beli apa2....

Ramai jugak orang masjid yang datang memeriahkan majlis. Terima kasih tak terhingga kepada mamu sebb tolong masak nasik brani yang sangat sedap.Lauk kurma daging,kuah dalca. Dan ibu pula masak ayam masak merah ngan jelatah. SEDAP sangat..

Tok abah, umi dna ngah pun datang sama. Petang tu aku dan suami keluaq ke pekan kejap beli kek utk abg. Aku terlioq la pulak tengok kek coklat banana yang terpamer di dalam peti sejuk kedai secret recipe...Aku beli sepotong je dan kongsi bersama suami ku yang amat ku cinta..so sweet.

Malamnye rumah ku di kunjungi Mak tam dan family, Ipaq2 ku dan juga kawan-kawan adik. Selepas depa pakat balik kami berdua terus menuju ke rumah pak cik mail kat kuala kedah.Nasib baik jumpa...ki..ki..ki..Seronok tengok family pakcik mail ni. Meriah..Dalam pukoi 1130 baru kami bertolak balik sp. Trafik banyak sangat kereta tapi lancar. :-)

No comments: