Wednesday, December 05, 2012

@--SeLaMaT DaTaNg DISEMBER 2012--@




dan 

SALAM SATU MALAYSIA


Hari ni merupakan hari pertama bertugas di bulan Disember 2012.  Penghulu bulan dalam satu tahun.  Cepat sungguh masa berlalu kan?? Aku pun tak sangka secepat ni ya.....Dan Tahun 2013 akan tiba tak lama lagi....Misi bulan ni agak banyak...Yang paling penting....SKT ku....dan juga panggilan Sungai Petani.....
          SKT masih dinanti. Dah nak abis bulan dan ni....Dup..dap..Dup Dap..tau  :-) Moga semuanya berjalan lancar na...AMIN
                Panggilan Sungai Petani???Aku ni sebenaqnya mmm....Orang kat SP dah rindu sangat kat aku tau...ki..ki...bukan tak mo balik tapi bila dah diperantauan dan berstatus isteri ni macam-macam aku kena pikirkan dahulu....Baru dah tanya En. Suami jadi ke nak balik kampung? La ni nak kena tunggu dulu opismate suami sebab katanya kawannya nak kena operet kaki. So, tak pe aku tunggu dulu keputusan suami tersayang tentang perbincangan cuti dengan opismate dia.  harap-harap la kami berdua dapat balik SP.
                  Bulan ni bangunan khas untuk Pusat Pelajar dah hampir siap.  Jadi kami warga kerja UDM kena membantu setting semua peralatan ICT kat tempat baru mereka yang dijadualkan esok.  Kuat ya kawan-kawan ku semua.  Bulan depan unit aku pulok nak kena angkot-angkot barang perabot semua.. :-) Macam ni tak payah ke pusat bina badan tau....
                   Bulan ni jugak akan diadakan Annual Dinner KMS. Katanya 21 Disember.  Kalo diizin Allah aku akan turut serta lah..Kalo tak minta maap manyak-banyak ya...Ceq tak dapat pi sebab esoknya nak kena ke Kuantan, Pahang :-) Hanto pengantin..Ha! cakap pasai kawen ni...Bulan ni banyak betoi aktiviti kawen-kawen ni...Tapi apa-apa pun tahniah diaucapkan kepada BOS dan OpisMate ku En. Bad dan pasangan serta Raihan dan pasangan kerana menamatkan zaman bujang pada tahun ni.  Welocome to the club.  Tak ketinggalan saudara mara yang melakukan perkara yang amat dituntut ini. Moga rumahtanggan yang dibina kekal, aman bahagia dan sentiasa dalam lindunga Tuhan. Amin.


No comments: