Thursday, August 18, 2011

@--RaMaDan Ke -17--@

Hari yang ke - 17 kita berpuasa. Dan hari ini juga merupakan hari Nuzul AL-Quran.


Selepas solat zohor aku dan suami singgah ke kilang kerepek sebb nak cari pesanan orang. Tapi sayang...Banyak yang dah habis. Orang pun ramai berpusu-pusu membeli-belah.

Destinasi seterusnya. Sg. Merab. Aku nak p ambik baju raya...horey......disamping tu hantaq la sama kerepek yang dioder oleh kak siti. Terima kasih sebb beri sokongan. Lama tak jumpa wawa ngan humairah...Kesian depa sekeluarga..kami sampai depa semua tengah beradu. Patut la bila sampai aje wawa ngan humairah tak lari2 dtg kat kami dua.Rupanya tido..ki..ki..ki...Lama jugak le habis masa kat situ. Jam 5.00 petang bergerak pulang ke banting. Dan singgah solat kat masjid kat sungai merab. Tak lupa singgah beli keladi, buah pulasan, honey dew, dan juga pisang.

Sampai di rumah, tanpa buang masa aku ni kalot masak nasik lemak. Mujoq sambalnye dah ada. Tak pe kalo tak sempat buboq lamboq kat masjid ada. 2 lagi tau....ki..ki...Si suami tercinta sebok menggoreng keladi goreng. Kali pertama ni aku makan keladi goreng. Tak tau la mcm mana rasanya nanti. Azan dah berkumandang. Kami berdua berbuka buboq lambok, air honey dew ngan keladi goreng :-) Syukur rezeki Tuhan. Ni lah nikmat masak di rumah. Malam lepas isyak baru rasa nasik lemak aku pulak..ki..ki..Sebb dah kenyang kami berdua kongsi satu pinggan. Romantis gitu..ha.h.ah.a.h.a


No comments: