Thursday, August 18, 2011

@--RaMaDan Ke -18--@

Hari ni sambung kerja balik sebab semalam cuti sempena Nuzul Al-Quran. Pagi tadi beratnya mata nak bangun. Penangan nasik lemak aku kot..ki..ki..ki..

Oleh kerana hari rabu tu dah bercuti, maka lemaula badan dan mood aku ni ha...ki..ki..Sakit badan2 dan malas nak bangun. Pastu pagi-pagi lagi dah ada yg tak berberapa nak paham dengan keadaan aku ni. Aku ni kuderat ada 2 tangan, 2 kaki ja. Prihatin la walau pelanggan-pelanggan ku....Petangnye pula membantu persiapan untuk majlis khatam quran kat surau..Wah!!teruja tengok. Ada bunga telur ngan pulut kuning.....Rasa macam kenduri pulak..ki..ki..

Sampai di rumah petang tu...badan ni tak larat sangat...lemah badan ni pelik betul....jadi aku tak dpt le join geng pejabat ke majlis berbuka pada malamnye. Aku berbuka bersama suami tercinta bersama menu yang sangat ringkas. Jemput kunyit, keladi goreng, buah tembikau susu ngan kurma. Lepas solat tu baca yasin bersama-sama. Tu dah memang kebiasaan kami berdua. Pastu ha.....sementara nak tunggu isyak tu..Dua2 lena tak sedaq diri....Allah....

No comments: