Friday, August 26, 2011

@--30 Ogos 2011*SESUCI LEBARAN*--@

Ambik nombor..ambik nombor..beratoq....Itu lah yang selalu kedengaran bila ramai-ramai berkumpul di rumah opah. Aku bangun seawal 630 pagi. Ini tahun pertama aku beraya di Perak. Tiba-tiba terkenang keluarga di Kedah. Apa yang mereka tengah buat sekarang ya...Dah makan ke belum. Apa juadah pagi raya.....RINDU...

Pagi itu aku mengikut opah, mak nyah, ayah ngah dan anak2nya solat hari raya di masjid berdekatan. Sebelom ke masjis isi perut dulu nasik bersama rendang opah. Dah lama aku tak solat hari raya....Seronok solat raya ramai-ramai. Dengaq khutbah raya sikit...Ia cukup menginsafkan aku. Segaknya suami aku hari ni bergaya dihari raya :-) Rasa puasnya hati bila dapat siapkan segala keperluan suami ku.

Dah sampai ke rumah, kami semua ambil peluang saling bermaaf-maafan. Tak lupa aku mengucup tangan suami tercinta tanda mohon ampun sepanjang bersama. Dan kadang2 rasa tak sangka aku ni dah jadi isteri orang rupanya.....TAK lupa jugak telefon ibu dan abah di pagi raya.

Seronok tengok gelagak sepupu2 yang masih kecil..Macam-macam riaksi mereka bila dapat duit raya. Tahun ni ada sepupu baru yang join beraya...Ikram....suke sangat dengan ikram ni. Baik, tak cerewet, suka nak berbual walaupun aku pun tak faham apa yang dia nak sampaikan.Dia ni anak cik nen. :-)

Makan pun sudah...Aktiviti seterusnya menziarah pusara ahli keluarga. Ramainya umat Muhammad s.a.w Ingat ya kawan-kawan bila nak pergi ke kawasan perkuburan adab kena jaga. Bukan setakat perbuatan, pakaian pun kena jaga....Dah selesai tu, kami ramai2 terus beraya ke umah sedara opah berdekatan dengan kawasan tanah perkuburan. Pastu ramai2 ke rumah mak yang dan pak yang.

Petang baru sampai ke rumah. Peh!letihnya...Malam ni pun tidur awal jugak..tak daye dah awok....Semalam malam :-)

No comments: